
Dulu, kamu dan dia bersahabat baik. tapi.. entah mana silapnya, kamu sudah berubah. tinggalkan dia seorang diri. Mungkin kamu sudah punya kehidupan sendiri.
Di saat kesedihannya, dia meluahkan segalanya kat saya. Dia dan saya menjadi sahabat yg sangat akrab. apa jua masalah, apa jua bahagia, apa jua kekecewaan mahupun kegelisahan.. semua dikongsi bersama.
dan sekarang, kamu muncul semula. seolah2 mahu merampas dia dari saya. merampas kebahagian pasangan sahabat.
Dia bukan kekasih saya, saya tahu dia bukan milik saya. tapi, dia sahabat saya. Sahabat terbaik.
Perasaan jealous sangat menebal. saya tak tahu siapa rampas siapa, tapi yg saya pasti, di saat kamu meninggalkan dirinya, dia datang kepada saya.
dan yang pasti saya sayang sahabat saya. sampai bila-bila dia sahabat saya. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment